Sesiapa yang memakan makanan yang baik

TEKS BAHASA ARAB

من أكل طيبا وعمل في سنة وأمن الناس بوائقه دخل الجنة فقال رجل: يا رسول الله إن هذا اليوم في الناس لكثير. قال: وسيكون في قرون بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakan makanan yang baik, beramal dengan sunnah, serta orang ramai selamat daripada kejahatan dirinya, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya pada hari ini terdapat ramai manusia seperti itu. Baginda berkata: Dan ia akan berlaku pada kurun-kurun selepasku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis nombor 815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أكلَ طيِّبًا وعملَ في سُنَّةٍ وأَمِنَ الناسُ بوائقَه دخلَ الجنةَ فقال رجلٌ: يا رسولَ اللهِ إنَّ هذا اليومَ في الناسِ لكثيرٌ. قال: وسيكونُ في قرونٍ بعدي].
[هناد، ت، ك، طس، اللالكائي، المزي، ((الضعيفة)) (6855)]

(Munkar)
Daripada Abu Sa’id RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memakan makanan yang baik, beramal dengan sunnah, serta orang ramai selamat daripada kejahatan dirinya, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya pada hari ini terdapat ramai manusia seperti itu. Baginda berkata: Dan ia akan berlaku pada kurun-kurun selepasku.
[Riwayat Hannad, al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Lalaka’ie dan al-Mizzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6855]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs