Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أكلَ طيِّبًا وعملَ في سُنَّةٍ وأَمِنَ الناسُ بوائقَه دخلَ الجنةَ فقال رجلٌ: يا رسولَ اللهِ إنَّ هذا اليومَ في الناسِ لكثيرٌ. قال: وسيكونُ في قرونٍ بعدي.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memakan makanan yang baik, beramal dengan sunnah, serta orang ramai selamat daripada kejahatan dirinya, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya pada hari ini terdapat ramai manusia seperti itu. Baginda berkata: Dan ia akan berlaku pada kurun-kurun selepasku.
Sahabat Perawi
- Abu Sa’id RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis no. 815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أكلَ طيِّبًا وعملَ في سُنَّةٍ وأَمِنَ الناسُ بوائقَه دخلَ الجنةَ فقال رجلٌ: يا رسولَ اللهِ إنَّ هذا اليومَ في الناسِ لكثيرٌ. قال: وسيكونُ في قرونٍ بعدي]. [هناد، ت، ك، طس، اللالكائي، المزي، ((الضعيفة)) (6855)]
(Munkar) Daripada Abu Sa’id RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memakan makanan yang baik, beramal dengan sunnah, serta orang ramai selamat daripada kejahatan dirinya, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya pada hari ini terdapat ramai manusia seperti itu. Baginda berkata: Dan ia akan berlaku pada kurun-kurun selepasku. [Riwayat Hannad, al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Lalaka’ie dan al-Mizzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6855]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman