Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memakan kacang phool

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من أكل فولة بقشرها أخرج الله مِنْهُ من الدَّاء مثلهَا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang memakan kacang phool bersama kulitnya, Allah akan mengeluarkan daripadanya penyakit yang seumpama dengannya daripada dirinya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 176, hadis no. 539. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره ابن القيم في موضوعاته، والذهبي في الميزان، قال السخاوي: وهو باطل.

Ibn Al-Qayyim telah menyebutkannya dalam Maudu'at beliau dan Al-Zahabi dalam Al-Mizan. Al-Sakhawi berkata: Dan ia batil.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.