Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أَكَلَ لُقْمَةً - أَوْ، قَالَ: كِسْرَةً. يَعْنِي: وَجَدَهَا فِي مَجْرَى الغَائِطِ أَو البَوْلِ، فَأَمَاطَ الأَذَى عَنْهَا، وَغَسَلَهَا غَسْلًا نَاعِمًا ثُمَّ أَكَلَهَا -؛ لَمْ تَسْتَقِرَّ فِي بَطْنِهِ حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memakan cebisan dari makanan yang terjatuh iaitu dia menemuinya di tempat laluan najis atau air kencing, lalu dia menghilangkan kotoran darinya, serta membasuhnya dengan basuhan yang bersih, kemudian dia memakannya: Maka ia tidak akan kekal di dalam perutnya sehinggalah dia diampunkan.
Sahabat Perawi
- Fatimah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 228, hadis no. 1208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن فاطمة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من أكل لقمة - أو، قال: كسرة. يعني: وجدها في مجرى الغائط أو البول، فأماط الأذى عنها، وغسلها غسلا ناعما ثم أكلها -؛ لم تستقر في بطنه حتى يغفر له)).[الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (5724)]
(Palsu) Daripada Fatimah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memakan cebisan dari makanan yang terjatuh iaitu dia menemuinya di tempat laluan najis atau air kencing, lalu dia menghilangkan kotoran darinya, serta membasuhnya dengan basuhan yang bersih, kemudian dia memakannya; maka ia tidak akan kekal di dalam perutnya sehinggalah dia diampunkan. [Riwayat al-Khatib dalam al-Mudhih. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5724]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman