Sesiapa yang memakan apa yang terdapat di bawah hidangannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أكل مما تحت مائدته؛ أمن من الفقر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakan apa yang terdapat di bawah hidangannya, nescaya dia akan selamat daripada kefakiran.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 228, hadis nombor 1210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن هدبة، قال: حضرت غداء أمير المؤمنين المأمون، فلما رفع المائدة؛ جعلت ألتقط ما في الأرض، فنظر إلي المأمون فقال: أيها الشيخ! أما شبعت؟ فقلت: نعم يا أمير المؤمنين! إنما شبعت في فنائك وكنفك؛ ولكني حدثني حماد ابن سلمة عن ثابت البناني عن أنس بن مالك، قال: سمعت النبي – صلى الله عليه وسلم – يقول :((من أكل مما تحت مائدته؛ أمن من الفقر)) .فأشار إلى خادم له، فجاء، وناولني بدرة فيها ألف دينار، فقلت: يا أمير المؤمنين! وهذا من ذلك. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5721)]

(Munkar)
Daripada Hudbah beliau berkata: Aku membawakan makan tengahari kepada Amir al-Mu’minin Ma’mun. Ketika beliau mengangkat hidangan itu, aku pun mengutip sisa-sisa yang terdapat di atas tanah. Lalu al-Ma’mun melihat ke arahku dan berkata: Wahai orang tua, bukankah kamu sudah kenyang? Aku menjawab: Benar wahai Amir al-Mu’minin. Sesungguhnya aku kenyang di bawah naungan dan perlindunganmu. Akan tetapi Hammad bin Salamah telah menceritakan kepadaku, daripada Tsabit al-Bunani, daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang memakan apa yang terdapat di bawah hidangannya, nescaya dia akan selamat daripada kefakiran”. Lalu beliau memberi isyarat kepada khadamnya, dan khadamnya pun datang. Kemudian beliau memberikan kepadaku sebuah bekas berisi 1000 dinar di dalamnya. Lalu aku katakan: Wahai Amir al-Mu’minin, inilah (kesan) dari perbuatanku itu!
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar al-Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5721]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.