Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memakan apa yang berada di bawah hidangannya

Teks Bahasa Arab

مَنْ أَكَلَ مِمَا تَحْتَ مَائِدَتِهِ؛ أَمِنَ مِنَ الفَقْرِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang memakan apa yang berada di bawah hidangannya, maka dia akan aman daripada kefakiran.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 115, hadis no. 596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن هدبة، قال: حضرت غداء أمير المؤمنين المأمون، فلما رفع المائدة؛ جعلت ألتقط ما في الأرض، فنظر إليّ المأمون فقال: أيها الشيخ! أما شبعت؟ فقلت: نعم يا أمير المؤمنين! إنما شبعت في فنائك وكنفك، ولكني حدثني حماد بن سلمة عن ثابت البناني عن أنس بن مالك قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: من أكل مما تحت مائدته؛ أمن من الفقر. فأشار إلى خادم له، فجاء، وناولني بدرة فيها ألف دينار، فقلت: يا أمير المؤمنين! وهذا من ذلك. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5721)]

(Munkar) Daripada Hudbah berkata: Aku membawa hidangan tengah hari buat Amīr al-Mu’minīn al-Ma’mūn. Ketika beliau mengangkat penutup hidangan itu, maka aku pun mengutip apa yang terjatuh di tanah. Lalu al-Ma’mūn melihat ke arahku dan berkata: “Wahai Syeikh, tidakkah kamu berasa kenyang?” Aku telah berkata: “Ya, wahai Amīr al Mu’minīn. Sesungguhnya aku hanya berasa kenyang dalam kawasanmu dan perlindungan kamu. Tetapi aku, telah menceritakan kepadaku Ḥammād ibn Salamah, daripada Thābit al-Bunānī, daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakan apa yang berada di bawah hidangannya, maka dia akan aman daripada kefakiran.” Lalu beliau (al-Ma’mūn) pun memanggil pembantunya dan dia pun datang, dan beliau telah memberikan kepadaku dulang berisi 1000 Dinar. Lalu aku telah berkata: “Wahai Amīr al Mu’minīn! Ini adalah sebahagian daripada itu”. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5721]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.