Sesiapa yang memakai selipar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من لبس نعلا صفراء قل همه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memakai selipar kuning, maka sedikitlah keresahannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 199, hadis nombor 621. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

يروى عن ابن عباس مرفوعا بلفظ: لم يزل في سرور ما دام لابسها. قال ابن أبي حاتم، عن أبيه: إنه كذب موضوع.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ dengan lafaz: Dia akan sentiasa berada dalam kegembiraan selagi mana dia memakainya.
Ibn Abu Hatim berkata, daripada ayahnya: Sesungguhnya hadith ini dusta lagi palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs