Sesiapa yang memakai selipar kuning, dia akan sentiasa dalam kegembiraan

TEKS BAHASA ARAB

من لبس نعلا صفراء لم يزل في سرور ما دام لابسها، وذلك قول الله عز وجل: صفراء فاقع لونها تسر الناظرين ﴿٦٩﴾.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakai selipar kuning, dia akan sentiasa dalam kegembiraan selagi mana dia memakainya. Ini berdasarkan firman Allah: Kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya. [Surah al-Baqarah: 69]

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis nombor 7121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما- مرفوعا: من لبس نعلا صفراء لم يزل في سرور ما دام لابسها، وذلك قول الله عز وجل: صفراء فاقع لونها تسر الناظرين ﴿٦٩﴾. [ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (716)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memakai selipar kuning, dia akan sentiasa dalam kegembiraan selagi mana dia memakainya. Ini berdasarkan firman Allah: Kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya. [Surah al-Baqarah: 69] [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 716]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs