Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لبس نعلا صفراء لم يزل في سرور ما دام لابسها، وذلك قول الله - عز وجل- {صفراء فاقع لونها تسر الناظرين}.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memakai selipar kuning, dia akan sentiasa dalam kegembiraan selagimana dia memakainya. Ini berdasarkan firman Allah: Kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya. [Surah al-Baqarah: 69]
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis no. 8121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memakai selipar kuning, dia akan sentiasa dalam kegembiraan selagimana dia memakainya. Ini berdasarkan firman Allah: Kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya. [Surah al-Baqarah: 69] [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 716]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman