Sesiapa yang memakai pakaian yang selain daripada pakaiannya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من تزيا بغير زيه فقتل فدمه هدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memakai pakaian yang selain daripada pakaiannya, lalu dia dibunuh, maka darahnya menjadi sia-sia.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 178, hadis nombor 547. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس له أصل يعتمد، وحكايات الجن المروية في ذلك عن النبي صلى الله عليه وسلم لم يثبت منها شيء.

Tiada baginya asal yang muktamad. Hikayat-hikayat jin yang diriwayatkan berkenaan perkara tersebut daripada Nabi SAW tidak ada satupun yang thabit.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs