TEKS BAHASA ARAB
من لبس الصوف ليعرفه الناس، كان حقا على الله عز وجل أن يكسوه ثوبا من جرب حتى تتساقط عروقه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memakai pakaian yang berbulu supaya orang ramai mengenali dirinya, maka menjadi hak ke atas Allah Azza wa Jalla untuk memakaikannya dengan pakaian daripada kurap sehingga gugur urat-uratnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 164, hadis nombor 824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من لبس الصوف ليعرفه الناس ، كان حقا على الله عز وجل أن يكسوه ثوبا من جرب حتى تتساقط عروقه.
[ابن الجوزي في ((تلبيس إبليس))، ((الضعيفة)) (6921)]
(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memakai pakaian yang berbulu supaya orang ramai mengenali dirinya, maka menjadi hak ke atas Allah Azza wa Jalla untuk memakaikannya dengan pakaian daripada jarab (sejenis penyakit) sehingga bercucuran peluhnya.pakaian daripada kurap sehingga gugur urat-uratnya.
[Riwayat Ibn al-Jauzi dalam Tablis Iblis. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6921]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.