Sesiapa yang memakai celak ismid

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من اكتحل يوم عاشوراء بالإثمد لم ترمد عيناه أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memakai celak ismid pada hari Asyura, tidak akan sakit kedua matanya selama-lamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 177, hadis nombor 541. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: موضوع، وقال ابن القيم: لم يصح في هذا الباب شيء، وقال الحاكم: الاكتحال يوم عاشوراء بدعة ابتدعها قتلة الحسين.

Al-Sakhawi berkata: Palsu.
Ibn Al-Qayyim pula berkata: Tidak sahih dalam bab ini satu hadith pun.
Al-Hakim berkata: Bercelak pada hari Asyura adalah suatu bid’ah yang diada-adakan oleh para pembunuh Husain.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.