Sesiapa yang memakai baju bulu dan memakai selipar yang dijahit

TEKS BAHASA ARAB

من لبس الصوف وانتعل المخصوف وركب حماره وحلب شاته وأكل مع عياله فقد نحى الله عنه الكبر أنا عبد ابن عبد أجلس كجلسة العبد وآكل أكلة العبد. وذلك أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يطرق طعاما قط إلا وهو حاب على ركبتيه. إن الله عز وجل قد أوحى إلي أن تواضعوا ولا يبغي أحد على أحد. إن يد الله مبسوطة على خلقه فمن رفع نفسه وضعه الله عز وجل ومن وضع نفسه رفعه الله عز وجل. ولا يمشي امرؤ على الأرض يبغي بها سلطان الله عز وجل إلا أكبه الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakai baju bulu dan memakai selipar yang dijahit, menunggang keldainya, memerah susu kambingnya, makan bersama keluarganya, maka Allah SWT telah menyelamatkan dirinya dari sikap takabbur. Aku ialah hamba dan juga anak kepada seorang hamba. Aku duduk seperti duduknya seorang hamba serta makan seperti makannya seorang hamba. Yang demikian itu kerana Nabi SAW tidak menyentuh sedikit makanan pun, melainkan Baginda SAW duduk di atas dua lutut Baginda SAW. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah memberikan wahyu kepadaku: {Bersikap tawaduklah, dan janganlah salah seorang kamu melampaui batas ke atas orang lain}. Sesungguhnya tangan Allah SWT terbentang luas kepada para makhluk-Nya. Sesiapa yang mengangkat dirinya maka Allah ‘Azza Wa Jalla akan merendahkan darjatnya. Manakala sesiapa yang merendah diri, maka Allah SWT akan mengangkat darjatnya dan tidaklah seseorang itu berjalan di atas muka bumi dengan menghendaki kekuasaan Allah ‘Azza Wa Jalla, melainkan Allah SWT akan menyungkurkan wajahnya

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 117, hadis nombor 604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا أو موضوع بهذا السياق والتمام) عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ لَبِسَ الصُّوفَ وانْتَعَلَ المخصُوفَ ورَكِبَ حِمَارَهُ وحَلَبَ شاتَهُ وأكلَ مع عِيالِه فَقَدْ نَحّى اللهُ عنه الكِبْر أنا عبدٌ ابنُ عبدٍ أَجْلِسُ كَجَلْسَةِ العَبْدِ وآكلُ أكلةَ العبدِ وذلك أنَّ النبي لم يَطْرُقْ طعاماً قط إلا وهو حابٍ على ركبتيهِ. إنَّ الله عز وجل قَدْ أوحى إليَّ: أَنْ تواضَعُوا ولا يَبْغِي أَحَدٌ على أحدٍ. إنَّ يدَ الله مَبْسُوطَةٌ على خَلْقِهِ فَمَنْ رفعَ نَفْسَهُ وَضَعَهُ اللهُ عز وجل، ومَنْ وَضَعَ نَفْسَهُ؛ رفعَهُ الله عز وجل ولا يمشي امرؤٌ على الأرضِ يَبْغِي بها سُلْطَانَ اللهِ عز وجل إلا أَكَبَّهُ اللهُ عز وجل . [السكن ابن جميع في حديثه، الضعيفة (5697)]

(Sangat lemah atau Palsu dengan keseluruhan teks ini) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memakai baju bulu dan memakai selipar yang dijahit, menunggang keldainya, memerah susu kambingnya, makan bersama keluarganya, maka Allah SWT telah menyelamatkan dirinya dari sikap takabbur. Aku ialah hamba dan juga anak kepada seorang hamba. Aku duduk seperti duduknya seorang hamba serta makan seperti makannya seorang hamba. Yang demikian itu kerana Nabi SAW tidak menyentuh sedikit makanan pun, melainkan Baginda SAW duduk di atas dua lutut Baginda SAW. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah memberikan wahyu kepadaku: {Bersikap tawaduklah, dan janganlah salah seorang kamu melampaui batas ke atas orang lain}. Sesungguhnya tangan Allah SWT terbentang luas kepada para makhluk-Nya. Sesiapa yang mengangkat dirinya maka Allah ‘Azza Wa Jalla akan merendahkan darjatnya. Manakala sesiapa yang merendah diri, maka Allah SWT akan mengangkat darjatnya dan tidaklah seseorang itu berjalan di atas muka bumi dengan menghendaki kekuasaan Allah ‘Azza Wa Jalla, melainkan Allah SWT akan menyungkurkan wajahnya. [Diriwayatkan oleh al-Sakan ibn Jamī‘ dalam Ḥadīth beliau. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5697]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs