Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن عفا عن دَمٍ؛ لم يكُن لهُ ثوابٌ إلَّا الجنَّةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memaafkan sesuatu perbuatan yang melibatkan darah (pembunuhan), maka tiadalah baginya ganjaran melainkan syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 797, hadis no. 4109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من عفا عن دم؛ لم يكن له ثواب إلا الجنة)). [خط، ((الضعيفة)) (4622)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memaafkan sesuatu perbuatan yang melibatkan darah (pembunuhan), maka tiadalah baginya ganjaran melainkan syurga. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4622]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman