Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memaafkan ketika dia mampu, Allah SWT akan memaafkannya pada hari kesusahan

Teks Bahasa Arab

مَن عفا عندَ قُدرةٍ، عفا اللهُ عنه يومَ العُسرةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang memaafkan ketika dia mampu, Allah SWT akan memaafkannya pada hari kesusahan (hari penghisaban).

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 59, hadis no. 259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من عفا عند قدرة، عفا الله عنه يوم العسرة)). [طب، ((الضعيفة)) (3028).

(Terlalu Daif) Daripada Abū Umāmah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesiapa yang memaafkan ketika dia mampu, Allah SWT akan memaafkannya pada hari kesusahan (hari penghisaban).)) [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3028].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.