Sesiapa yang melunaskan hutang kedua ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia

TEKS BAHASA ARAB

من قضى دين والديه بعد موتهما أو وفى نذرهما ولم يستسب لهما فقد برهما وإن كان عاقا ومن لم يقض دينهما ولم يوف نذرهما واستسب لهما فقد عقهما وإن كان بهما بارا في حياتهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melunaskan hutang kedua ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia, atau menunaikan nazar mereka berdua, dan tidak menyebabkan celaan kepada mereka berdua, maka dia telah berbakti kepada mereka berdua walaupun dia pernah derhaka kepada kedua ibu bapanya. Manakala sesiapa yang tidak melunaskan hutang kedua ibu bapanya, tidak menunaikan nazar mereka berdua dan menyebabkan celaan kepada mereka berdua, maka dia telah menderhakai kedua ibu bapanya walaupun dia dahulunya anak yang berbakti semasa ibu bapanya masih hidup.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis nombor 676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: من قضى دين والديه بعد موتها أو وفى نذرهما ولم يستسب لهما فقد برهما وإن كان عاقاً ومن لم يقض دينها ولم يوف نذرهما واستسب لهما فقد عقهما وإن كان بهما باراً في حياتهما. [الشجري، الضعيفة (6353)].

(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘: Sesiapa yang melunaskan hutang kedua ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia, atau menunaikan nazar mereka berdua, dan tidak menyebabkan celaan kepada mereka berdua, maka dia telah berbakti kepada mereka berdua walaupun dia pernah derhaka kepada kedua ibu bapanya. Manakala sesiapa yang tidak melunaskan hutang kedua ibu bapanya, tidak menunaikan nazar mereka berdua dan menyebabkan celaan kepada mereka berdua, maka dia telah menderhakai kedua ibu bapanya walaupun dia dahulunya anak yang berbakti semasa ibu bapanya masih hidup. [Diriwayatkan oleh al-Shajarī dalam Amālīh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6353)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.