Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قضى دَيْنَ والديْهِ بعد موتِهما ، أو وفَّى نذرَهما ، ولم يستَسِبَّ لهما ؛ فقد برَّهما وإنْ كان عاقًّا ، ومن لم يقضِ دَيْنَهُما ولم يُوفِّ نذْرَهما ، واستَسَبَّ لهما ؛ فقد عقَّهَمُا وإنْ كان بهما بارًّا في حياتِهما.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melunaskan hutang kedua ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia, atau menunaikan nazar mereka berdua, dan tidak menyebabkan celaan kepada mereka berdua, maka dia telah berbakti kepada mereka berdua walaupun dia pernah derhaka kepada kedua ibu bapanya. Manakala sesiapa yang tidak melunaskan hutang kedua ibu bapanya, tidak menunaikan nazar mereka berdua dan menyebabkan celaan kepada mereka berdua, maka dia telah menderhakai kedua ibu bapanya walaupun dia dahulunya anak yang berbakti semasa ibu bapanya masih hidup.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis no. 676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: من قضى دين والديه بعد موتها أو وفى نذرهما ولم يستسب لهما فقد برهما وإن كان عاقاً ومن لم يقض دينها ولم يوف نذرهما واستسب لهما فقد عقهما وإن كان بهما باراً في حياتهما. [الشجري، الضعيفة (6353)].
(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘: Sesiapa yang melunaskan hutang kedua ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia, atau menunaikan nazar mereka berdua, dan tidak menyebabkan celaan kepada mereka berdua, maka dia telah berbakti kepada mereka berdua walaupun dia pernah derhaka kepada kedua ibu bapanya. Manakala sesiapa yang tidak melunaskan hutang kedua ibu bapanya, tidak menunaikan nazar mereka berdua dan menyebabkan celaan kepada mereka berdua, maka dia telah menderhakai kedua ibu bapanya walaupun dia dahulunya anak yang berbakti semasa ibu bapanya masih hidup. [Riwayat al-Shajarī dalam Amālīh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6353)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman