Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang meluaskan rezeki keluarganya pada hari Asyura

Teks Bahasa Arab

من وسَّعَ على عيالِهِ يومَ عاشوراءَ وسَّعَ اللَّهُ عليهِ سائرَ سَنتِهِ .

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang meluaskan rezeki keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan luaskan rezekinya sepanjang tahun.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1964, hadis no. 9822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة وأبي سعيد وعبد الله بن جابر -رضي الله عنهم- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من وسع على عياله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته. [هق، هب، حب، عد، عق، طب، ابن الجوزي في العلل والموضوعات، الشجري، الضعيفة (6824)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah, Abu Sa‘id, Abdullah bin Jabir RA, mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meluaskan rezeki keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan luaskan rezekinya sepanjang tahun. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Ibn’Adi, al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa al-Kabir, Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal, al-Shajari, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6824]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.