Terlalu Lemah Pada Baris Kedua

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang melontarkan sesuatu kepada kami pada waktu malam

Teks Bahasa Arab

من رمانا بالليلِ ، فليس منَّا ، ومن رقد على سطحٍ لا جدارَ له فمات ، فدمُه هَدَرٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang melontarkan sesuatu kepada kami pada waktu malam, maka dia bukan dari kalangan kami. Manakala sesiapa yang tidur di atas permukaan yang tidak ada dindingnya, kemudian dia meninggal dunia, maka darahnya adalah sia-sia.

Sahabat Perawi

  1. Abdillah bin Ja’far RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Lemah Pada Baris Kedua

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 243, hadis no. 1275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً بالشطر الثاني) عن عبدالله بن جعفر - رضي الله عنه-، قال: قال ﷺ: «من رمانا بالليل؛ فليس منا، ومن رقد على سطح لا جدار له فات، قدمه هدر»" . [طب، الضميلة» (6685) ].

(Terlalu Lemah Pada Baris Kedua) Daripada Abdillah bin Ja’far ―raḍiyallāhu ‘anhu― berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang melontarkan sesuatu kepada kami pada waktu malam, maka dia bukan dari kalangan kami. Manakala sesiapa yang tidur di atas permukaan yang tidak ada dindingnya, kemudian dia meninggal dunia, maka darahnya adalah sia-sia. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dha‘īfah; no. 6685].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.