Sesiapa yang melontar jamrah sebanyak 7 batu di Jamrah al-Aqabah

TEKS BAHASA ARAB

من رمى الجمرة بسبع حصيات الجمرة التي عند العقبة، ثم انصرف فنحر هديا، ثم حلق، فقد حل له ما حرم عليه من شأن الحج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melontar jamrah sebanyak 7 batu di Jamrah al-Aqabah, kemudian dia beredar, lalu menyembelih binatang korban kemudian bercukur, maka dihalalkan apa yang telah diharamkan kepadanya ketika haji.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis nombor 3882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من رمى الجمرة بسبع حصيات الجمرة التي عند العقبة، ثم انصرف فنحر هديا، ثم حلق، فقد حل له ما حرم عليه من شأن الحج))).
[البزار، ((الضعيفة)) (6456)]

(Munkar) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melontar jamrah sebanyak 7 batu di Jamrah al-Aqabah, kemudian dia beredar, lalu menyembelih binatang korban kemudian bercukur, maka dihalalkan apa yang telah diharamkan kepadanya ketika haji.
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6456]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.