Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من رمى الجَمْرَةَ بسبْعِ حَصَياتٍ الجمرةَ التي عند العَقَبة، ثم انصرفَ فَنَحَرَ هَدْيَاً، ثم حَلَقَ، فقد حلَّ له ما حَرُمَ عليه مِنْ شَأْنِ الحجِّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melontar jamrah sebanyak 7 batu di Jamrah al-Aqabah, kemudian dia beredar, lalu menyembelih binatang korban kemudian bercukur, maka dihalalkan apa yang telah diharamkan kepadanya ketika haji.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 759, hadis no. 3882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melontar jamrah sebanyak 7 batu di Jamrah al-Aqabah, kemudian dia beredar, lalu menyembelih binatang korban kemudian bercukur, maka dihalalkan apa yang telah diharamkan kepadanya ketika haji. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6456]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman