TEKS BAHASA ARAB
من وقي شر لقلقه، وقبقبه، وذبذبه، فقد وقي الشر كله، أما (لقلقه) فاللسان، (وقيقيه) فالفم، (وذبذبه) فالفرج.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang melindungi kerisauannya, gagapnya dan keketarannya daripada kejahatan, maka dia dilindungi daripada kejahatan keseluruhannya. Adapun kerisauannya itu berada di lidah, gagapnya itu di mulut, keketarannya di bahagian alat sulit.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2002, hadis nombor 10042. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول اللہ ﷺ: من وقي شر لقلقه، وقبقبه، وذبذبه، فقد وقي الشر كله، أما (لقلقه) فاللسان، (وقيقيه) فالفم، (وذبذبه) فالفرج)).
[هب، ((الضعيفة)) (2448)]
Daripada Anas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melindungi kerisauannya, gagapnya dan keketarannya daripada kejahatan, maka dia dilindungi daripada kejahatan keseluruhannya. Adapun kerisauannya itu berada di lidah, gagapnya itu di mulut, keketarannya di bahagian alat sulit.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2448]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.