Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang melihat-lihat buku milik saudaranya tanpa keizinannya

Teks Bahasa Arab

مَنْ نَظَرَ في كتابِ أَخِيهِ بِغَيْرِ إِذْنِهِ؛ فَكَأَنَّمَا يَنْظُرُ في النَارِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang melihat-lihat buku milik saudaranya tanpa keizinannya, maka seakan-akan dia melihat ke dalam api neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 221, hadis no. 1171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من نظر في كتاب أخيه بغير إذنه؛ فكأنما ينظر في النار)). [القضاعي في ((مسند الشهاب))، ك، ((الضعيفة)) (5425)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melihat-lihat buku milik saudaranya tanpa keizinannya, maka seakan-akan dia melihat ke dalam api neraka. [Riwayat al-Quda’ie dalam Musnad al-Shihab dan al-Ḥākim dalam Mustadrak beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5425]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.