Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن نَظرَ إلى أَخيهِ نَظرمودَّةٍ ليسَ في قَلبِه عليهِ إِحنَةٌ، لم يَنصرِفْ حتَّى يُغفَرَ لَه ما تَقدَّم مِن ذَنبِه، وَما مُسلِمٌ يُصافِحُ أخاه لَيس في قَلبِ أحَدٍ مِنهُما على أَخيهِ إحْنَةٌ، لَم تَفتَرِقْ أَيديهِما حتَّى يَغفِرَ اللهُ لَهُما.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melihat ke arah saudaranya dengan pandangan kasih sayang, yang tidak ada dalam jantung hatinya kepadanya perasaan benci, dia tidak akan berpisah sehinggalah diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu. Dan tidak ada seorang muslim yang berjabat tangan dengan saudaranya, tidak ada dalam hati kedua-duanya itu kepada saudaranya perasaan benci, tidaklah terpisah tangan kedua mereka sehinggalah Allah SWT mengampunkan kedua-duanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 38, hadis no. 145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من نظر إلى أخيه نظر مودة ليس في قلبه عليه إحنة؛ لم ينصرف حتى يغفر به ما تقدم من ذنبه، وما من مسلم يصافح أخاه ليس في قلب أحد منهما على أخيه إحنة؛ لم تفترق أيديهما حتى يغفر الله لهما)). [ عد، طس، هب، ((الضعيفة)) (2278)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melihat ke arah saudaranya dengan pandangan kasih sayang, yang tidak ada dalam jantung hatinya kepadanya perasaan benci, dia tidak akan berpisah sehinggalah diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu. Dan tidak ada seorang muslim yang berjabat tangan dengan saudaranya, tidak ada dalam hati kedua-duanya itu kepada saudaranya perasaan benci, tidaklah terpisah tangan kedua mereka sehinggalah Allah SWT mengampunkan kedua-duanya. [Riwayat Ibn ‘Adī, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2278]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman