Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ رَأَى جَنَازَةً فَقَالَ: اللَّهُ أَكْبَرُ صَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ، هَذَا مَا وَعَدَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ زِدْنَا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا، كُتِبَ لَهُ عِشْرُونَ حَسَنَةً في كل يوم إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melihat jenazah dan dia berkata: Allah Maha Besar, benarlah Allah dan RasulNya. Inilah apa yang dijanjikan Allah dan RasūlNya. Ya Allah, tambahkanlah kepada kami keimanan dan kesejahteraan. Maka akan dicatat kepadanya dua puluh kebaikan setiap hari sehingga hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai (Penyelia Dr. Faisal Ahmad Shah)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 61, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini riwayat al-Ṭabrānī dalam al-Du‘ā’ dan al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus melalui jalan Sulaymān bin ‘Amr al-Nakha‘ī daripada al-Mukhtār bin Fulful daripada Anas bin Mālik. Dalam al-Firdaus, hadith ini diriwayatkan daripada Anas. Dalam sanad hadith ini terdapat Sulaymān bin ‘Amr Abū Dāwūd al-Nakha‘ī yang merupakan pendusta yang terkenal. Menurut Ibn Ḥajar, kata-kata padanya tiada batasan. Beliau dinilai sebagai pendusta dan dinisbahkan kepada pemalsuan dalam kalangan ulama terdahulu dan juga ulama kontemporari. Hadith ini palsu disebabkan Sulaymān bin ‘Amr al-Nakha‘ī yang terkenal berdusta.
Rujukan
Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.
Makluman