Sesiapa yang meletakkannya di atas tangannya (arak), doanya tidak akan diterima

TEKS BAHASA ARAB

من وضعها (الخمر) على كفه لم تقبل له دعوة، ومن أدمن على شربها، سقي من الخبال، والخبال واد في جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meletakkannya (arak) di atas tangannya, doanya tidak akan diterima. Sesiapa yang ketagih meminumnya, dia akan diberi minum dari al-Khabal. Al-Khabal itu ialah sebuah lembah di Jahanam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 692, hadis nombor 3558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن القاسم بن عبد الرحمن قال: كنت قاعدا عند معاوية، فبعث إلى عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- فقال: ما أحاديث بلغني عنك تحدث بها؟ لقد هممت أن أنفيك من الشام، فقال: أما والله! لولا أنك ما أحببت أن أكون بها ساعة، فقال معاوية: ما حديث تحدث به في الطلاء؟ فقال: أما إنه ما يحل لي أن أقول على رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لم يقل، سمعته يقول: ((من تقول علي ما لم أقل فليتبوأ مقعده من النار)). وسمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول في الخمر: ((من وضعها على كفه لم تقبل له دعوة، ومن أدمن على شربها، سقي من الخبال، والخبال واد في جهنم))، فقال: يا معاوية! ما أراك إلا قد سمعت مثل الذي سمعت، قال: فهم معاوية أن يصدقه، ثم سكت. [طب، ((الضعيفة)) (٦٩٥٨)]

(Munkar) Daripada al-Qāsim bin ‘Abd al-Raḥmān, beliau berkata: Aku sedang duduk bersama Mu‘āwiyah, lalu dia mengutuskan kepada ‘Abdullah bin ‘Amr RA dan berkata: “Apakah hadis yang aku dengar daripadamu berbicara tentangnya? Aku mahu mengusir kamu dari Syam”. Lalu dia berkata: “Sesungguhnya demi Allah jika bukan kerana kamu, aku tidak mahu pun berada di situ walaupun sebentar”. Lalu Mu‘āwiyah berkata: “Apakah kisah yang engkau ceritakan tentang isu al-Tila’ (jus anggur yang dimasak sehingga hilang dua pertiga daripada airnya)?” Lalu dia berkata: “Ketahuilah bahawa aku tidak boleh menukilkan daripada Nabi SAW sesuatu yang tidak baginda katakan. Aku mendengar baginda bersabda: “Sesiapa yang berkata tentangku sesuatu yang tidak aku katakan, maka persiapkanlah tempatnya di neraka”. Aku juga mendengar baginda SAW bersabda tentang arak: “Sesiapa yang meletakkannya di atas tangannya, doanya tidak akan diterima. Sesiapa yang ketagih meminumnya, dia akan diberi minum dari al-Khabal. Al-Khabal itu ialah sebuah lembah di Jahanam”. Lalu dia berkata: “Wahai Mu‘āwiyah: Aku tidak melihat kamu melainkan kamu telah mendengar seperti mana yang aku telah dengar”. Dia berkata: “Mu‘āwiyah berniat untuk membenarkannya lalu dia diam”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6958]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs