Sesiapa yang meletakkan lampu di mana-mana masjid

TEKS BAHASA ARAB

من أسرج في مسجد من مساجد الله سراجا لم تزل الملائكة وحملة العرش يستغفرون له ما دام في ذلك المسجد ضوء من ذلك السراج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meletakkan lampu di mana-mana masjid, para malaikat dan yang menanggung arasy akan sentiasa memohon ampun untuknya selagimana masjid tersebut terang-benderang dengan lampu itu.

STATUS

Sanadnya lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الباب عدة أحاديث يتقوى «من أسرج في مسجد من مساجد الله سراجا لم تزل الملائكة وحملة العرش يستغفرون له ما دام في ذلك المسجد ضوء من ذلك السراج» سنده ضعيف.

Dalam bab yang sama ada beberapa hadith yang saling menguatkan:
“Sesiapa yang meletakkan lampu di mana-mana masjid, para malaikat dan yang menanggung arasy akan sentiasa memohon ampun untuknya selagimana masjid tersebut terang-benderang dengan lampu itu.”
Sanadnya adalah sanad yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs