Sesiapa yang pemiutangnya beredar dalam keadaan dia reda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من انصرف غريمه وهو راض عنه، صلت عليه دواب الأرض، ونون الماء، ومن انصرف غريمه وهو ساخط، كتب عليه في كل يوم وليلة وجمعة وشهر ظلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang pemiutangnya beredar dalam keadaan dia reda kepadanya, maka seluruh haiwan di atas muka bumi akan berselawat kepadanya dan begitulah juga ikan-ikan di dalam air. Dan sesiapa yang pemiutangnya dalam keadaan dia marah kepadanya, maka akan ditulis ke atasnya kezaliman pada setiap hari dan malam, setiap Jumaat, serta setiap bulan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis nombor 816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن خولة بنت قيس، قالت: قال صلى الله عليه وسلم: من انصرفَ غريمُهُ وهو راضٍ عنهُ، صلَّت عليهِ دوابُّ الأرضِ، ونونُ الماءِ، ومن انصرفَ غريمُهُ وهو ساخطٌ، كُتِبَ عليهِ في كلِّ يومٍ وليلةٍ وجمعةٍ وشهرٍ ظَلَمَ.
[طب، ((الضعيفة)) (6647)]

(Munkar)
Daripada Khaulah binti Qais, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang pemiutangnya beredar dalam keadaan dia reda kepadanya, maka seluruh haiwan di atas muka bumi akan berselawat kepadanya dan begitulah juga ikan-ikan di dalam air. Dan sesiapa yang pemiutangnya dalam keadaan dia marah kepadanya, maka akan ditulis ke atasnya kezaliman pada setiap hari dan malam, setiap Jumaat, serta setiap bulan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6647]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.