Sesiapa yang melengahkan (tempoh hutang) bagi orang yang kesempitan atau menggugurkannya, nescaya Allah akan melindunginya daripada bahang neraka jahanam

TEKS BAHASA ARAB

من أنظر ‌معسرا أو وضع له؛ وقاه الله من فيح جهنم. 2 – ألا إن عمل الجنة حزن بربوة (ثلاثا). 3 – ألا إن عمل النار سهل بشهوة، والسعيد من وقي الفتن. 4 – وما من جرعة أحب إلى الله من جرعة غيظ يكظمها عبد، ما كظمها عبد لله؛ إلا ملأ الله ‌جوفه إيمانا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melengahkan (tempoh hutang) bagi orang yang kesempitan atau menggugurkannya, nescaya Allah akan melindunginya daripada bahang neraka jahanam. 2- Ketahuilah bahawa sesungguhnya amalan syurga ialah kesusahan yang berbukit (tiga kali). 3- Ketahuilah bahawa amalan api neraka adalah senang dengan nafsu syahwat, sedangkan orang yang bahagia ialah orang yang terlindung daripada fitnah. 4- Tiadalah satu tegukan yang lebih disukai oleh Allah berbanding tegukan rasa marah yang ditahan oleh seorang hamba. Tidaklah seorang hamba itu menahannya kerana Allah, melainkan Allah akan memenuhkan dalam dirinya dengan keimanan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 572, hadis nombor 2955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: خرج رسول الله ﷺ إلى المسجد، وهو يقول بيده هكذا: «من أنظر ‌معسرا أو وضع له؛ وقاه الله من فيح جهنم. 2 – ألا إن عمل الجنة حزن بربوة (ثلاثا). 3 – ألا إن عمل النار سهل بشهوة، والسعيد من وقي الفتن. 4 – وما من جرعة أحب إلى الله من جرعة غيظ يكظمها عبد، ما كظمها عبد لله؛ إلا ملأ الله ‌جوفه إيمانا». [حم، وأخرج الشطر الأول منه ابن أبي الدنيا في «الفرج بعد الشدة»، و«اصطناع المعروف»، «الضعيفة» (6741)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ keluar menuju masjid sambil baginda bersabda dengan (isyarat) tangan baginda seperti ini: "Sesiapa yang melengahkan (tempoh hutang) bagi orang yang kesempitan atau menggugurkannya, nescaya Allah akan melindunginya daripada bahang neraka jahanam. 2- Ketahuilah bahawa sesungguhnya amalan syurga ialah kesusahan yang berbukit (tiga kali). 3- Ketahuilah bahawa amalan api neraka adalah senang dengan nafsu syahwat, sedangkan orang yang bahagia ialah orang yang terlindung daripada fitnah. 4- Tiadalah satu tegukan yang lebih disukai oleh Allah berbanding tegukan rasa marah yang ditahan oleh seorang hamba. Tidaklah seorang hamba itu menahannya kerana Allah, melainkan Allah akan memenuhkan dalam dirinya dengan keimanan". [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, bahagian pertamanya diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Faraj ba’d al-Shiddah dan Istina’ al-Ma’ruf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6741].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs