Sesiapa yang melemparkan tuduhan kepada seorang zimmi maka dia akan dikenakan hukuman

TEKS BAHASA ARAB

من قذف ذميا حد له يوم القيامة بسياط من نار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melemparkan tuduhan kepada seorang zimmi maka dia akan dikenakan hukuman pada hari kiamat dengan sebatan dari api neraka. Lalu aku berkata kepada Makhul: Apakah yang paling berat dikatakan? Beliau berkata: Dikatakan kepadanya: Wahai anak orang kafir!

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 83, hadis nombor 414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن واثلة -رضي الله عنه- مرفوعاً: من قذف ذمّياً حدّ له يوم القيامة بسياطٍ من نار. فقلت لمكحول: ما أشد ما يقال؟ قال: يقال له: يا ابن الكافر!
[طب، عد، ((الضعيفة)) (4130)]

(Palsu)
Daripada Wāthilah – R.A – secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Sesiapa yang melemparkan tuduhan kepada seorang zimmi maka dia akan dikenakan hukuman pada hari kiamat dengan sebatan dari api neraka. Lalu aku berkata kepada Makhul: Apakah yang paling berat dikatakan? Beliau berkata: Dikatakan kepadanya: Wahai anak orang kafir!
[Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4130]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs