Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قذف ذمِّيًّا حُدَّ لهُ يومَ القيامةِ بسياطٍ من نارٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melemparkan tuduhan kepada seorang zimmi maka dia akan dikenakan hukuman pada hari kiamat dengan sebatan dari api neraka. Lalu aku berkata kepada Makhul: Apakah yang paling berat dikatakan? Beliau berkata: Dikatakan kepadanya: Wahai anak orang kafir!
Sahabat Perawi
- Wāthilah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 83, hadis no. 414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة -رضي الله عنه- مرفوعاً: من قذف ذمّياً حدّ له يوم القيامة بسياطٍ من نار. فقلت لمكحول: ما أشد ما يقال؟ قال: يقال له: يا ابن الكافر! [طب، عد، ((الضعيفة)) (4130)]
(Palsu) Daripada Wāthilah - R.A - secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Sesiapa yang melemparkan tuduhan kepada seorang zimmi maka dia akan dikenakan hukuman pada hari kiamat dengan sebatan dari api neraka. Lalu aku berkata kepada Makhul: Apakah yang paling berat dikatakan? Beliau berkata: Dikatakan kepadanya: Wahai anak orang kafir! [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4130]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman