Sesiapa yang melazimi solat duha

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من داوم على صلاة الضحى لم يقطعها إلا من علة كنت أنا وهو في الجنة في زورق من نور في بحر من نور حتى نزور رب العالمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang melazimi solat duha dan tidak meninggalkannya kecuali kerana sakit, aku dan dia di dalam syurga berada di atas perahu yang diperbuat daripada cahaya di laut yang bercahaya sehingga kami menziarahi Tuhan Semesta alam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 180, hadis nombor 560. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، قال ابن قيم الجوزية: رواه زكرياء بن دويد الكندي الكذاب الأشر، عن حميد الطويل، عن أنس يرفعه.

Palsu. Ibn Qayyim Al-Jauziyyah berkata: Zakariyya’ bin Duwaid al-Kindi si pendusta yang terjahat telah meriwayatkannya daripada Humaid Al-Tawil daripada Anas, beliau meriwayatkannya secara marfu’.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.