Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من داوم على صَلَاة الضُّحَى لم يقطعهَا إِلَّا من عِلّة كنت أَنا وَهُوَ فِي الْجنَّة فِي زورق من نور فِي بَحر من نور حَتَّى نزور رب الْعَالمين.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa yang melazimi solat duha dan tidak meninggalkannya kecuali kerana sakit, aku dan dia di dalam syurga berada di atas perahu yang diperbuat daripada cahaya di laut yang bercahaya sehingga kami menziarahi Tuhan Semesta alam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 180, hadis no. 560. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع، قال ابن قيم الجوزية: رواه زكرياء بن دويد الكندي الكذاب الأشر، عن حميد الطويل، عن أنس يرفعه.
Palsu. Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: Zakariyya' bin Duwaid al-Kindi si pendusta yang terjahat telah meriwayatkannya daripada Humaid Al-Tawil daripada Anas, beliau meriwayatkannya secara marfu'.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman