Sesiapa yang melazimi solat dhuha tidak meninggalkannya kecuali kerana sakit

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من داوم على الضحى فلم يقطعها إلا من علة كنت أنا وهو في زورق من [نور في] بحر من نور في حتى يزور رب العالمين".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang melazimi solat dhuha tidak meninggalkannya kecuali kerana sakit, aku dan dia akan menaiki kapal dari cahaya di laut yang bercahaya sehingga bertemu Tuhan semesta alam.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 36, hadis nombor 79. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان مرفوعا عن أنس وهو موضوع.
في إسناده: زكريا الكندي كان يضع الحديث.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini adalah palsu.
Dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Zakariyya al-Kindi dan dia seorang pereka hadith.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs