Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang melazimi solat dhuha tidak meninggalkannya kecuali kerana sakit

Teks Bahasa Arab

حديث: "من داوم على الضحى فلم يقطعها إلا من علة كنت أنا وهو في زورق من [نور في] بحر من نور في حتى يزور رب العالمين".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang melazimi solat dhuha tidak meninggalkannya kecuali kerana sakit, aku dan dia akan menaiki kapal dari cahaya di laut yang bercahaya sehingga bertemu Tuhan semesta alam.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 36, hadis no. 79. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان مرفوعا عن أنس وهو موضوع. في إسناده: زكريا الكندي كان يضع الحديث.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini adalah palsu. Dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Zakariyya al-Kindi dan dia seorang pereka hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.