Sesiapa yang melazimi pembacaan ayat al-Kursi setelah selesai solat

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله تعالى إلى موسى عليه السلام: من داوم على قراءة آية الكرسي دبر كل صلاة؛ أعطيته أجر المتقين وأعمال الصديقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Ta’ala telah mewahyukan kepada Musa AS: Sesiapa yang melazimi pembacaan ayat al-Kursi setelah selesai solat, Aku akan memberinya ganjaran pahala golongan yang bertakwa serta amalan golongan yang benar.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 280, hadis nombor 1454. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أوحى الله تعالى إلى موسى عليه السلام: من داوم على قراءة آية الكرسي دبر كل صلاة؛ أعطيته أجر المتقين وأعمال الصديقين)).
[الثعلبي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (3901)]

(Sangat munkar) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah Ta’ala telah mewahyukan kepada Musa AS: Sesiapa yang melazimi pembacaan ayat al-Kursi setelah selesai solat, Aku akan memberinya ganjaran pahala golongan yang bertakwa serta amalan golongan yang benar.
[Riwayat al-Tsa’labi dalam Tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3901]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs