Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوحَى اللهُ تعالَى إلى موسَى عليه السَّلامُ: مَن داومَ على قراءةِ آيةَ الكرسيِّ دُبرَ كلِّ صلاةٍ؛ أعطيتُه أجرَ المتَّقينَ وأعمالَ الصِّدِّيقينَ.
Teks Bahasa Melayu
Allah Ta’ala telah mewahyukan kepada Musa AS: Sesiapa yang melazimi pembacaan ayat al-Kursi setelah selesai solat, Aku akan memberinya ganjaran pahala golongan yang bertakwa serta amalan golongan yang benar.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 280, hadis no. 1454. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أوحى الله تعالى إلى موسى عليه السلام: من داوم على قراءة آية الكرسي دبر كل صلاة؛ أعطيته أجر المتقين وأعمال الصديقين)). [الثعلبي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (3901)]
(Sangat munkar) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah Ta’ala telah mewahyukan kepada Musa AS: Sesiapa yang melazimi pembacaan ayat al-Kursi setelah selesai solat, Aku akan memberinya ganjaran pahala golongan yang bertakwa serta amalan golongan yang benar. [Riwayat al-Tsa’labi dalam Tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3901]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman