Sesiapa yang melaungkan azan selama tujuh tahun dengan mengharapkan pahala

TEKS BAHASA ARAB

من أذن سبع سنين محتسبا كتب الله له براءة من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melaungkan azan selama tujuh tahun dengan mengharapkan pahala, nescaya Allah akan wajibkan baginya pembebasan dari api neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis nombor 1876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «من أذن سبع سنين محتسبا كتب الله له براءة من النار». [ت، هـ، طب، ابن السماك في «التاسع من الفوائد»، خط، ابن بشران، «الضعيفة» (850)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang melaungkan azan selama tujuh tahun dengan mengharapkan pahala, nescaya Allah akan wajibkan baginya pembebasan dari api neraka". [Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn al-Sammak dalam al-Tasi’ min al-Fawa'id, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya dan Ibn Bashran dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 850].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs