Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أذَّنَ سبعَ سنينَ مُحتسِبًا كتبَ اللهُ له براءةً من النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melaungkan azan selama tujuh tahun dengan mengharapkan pahala, nescaya Allah akan wajibkan baginya pembebasan dari api neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis no. 1876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: «من أذن سبع سنين محتسبا كتب الله له براءة من النار». [ت، هـ، طب، ابن السماك في «التاسع من الفوائد»، خط، ابن بشران، «الضعيفة» (850)].
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang melaungkan azan selama tujuh tahun dengan mengharapkan pahala, nescaya Allah akan wajibkan baginya pembebasan dari api neraka". [Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn al-Sammak dalam al-Tasi’ min al-Fawa'id, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya dan Ibn Bashran dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 850].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman