Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang melaungkan azan selama satu tahun

Teks Bahasa Arab

مَن أَذَّنَ سنةً على نِيَّةٍ صادقةٍ، لا يَطْلُبُ عليها أَجْرًا حُشِرَ يومَ القيامةِ فأُوقِفَ على بابِ بالجنةِ فقيل له: اشْفَعْ لِمَن شِئْتَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang melaungkan azan selama satu tahun dengan niat yang tulus serta tidak meminta upah untuknya, nescaya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dia diletakkan di hadapan pintu di syurga lalu dikatakan kepadanya: "Berikanlah syafaat kepada sesiapa sahaja yang kamu kehendaki".

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis no. 1877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعاً: «مَن أَذَّنَ سنةً على نِيَّةٍ صادقةٍ، لا يَطْلُبُ عليها أَجْرًا حُشِرَ يومَ القيامةِ فأُوقِفَ على بابِ بالجنةِ فقيل له: اشْفَعْ لِمَن شِئْتَ». [ابن شاهين في «رباعياته»، تمام، ابن عساكر، «الضعيفة» (848)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesiapa yang melaungkan azan selama satu tahun dengan niat yang tulus serta tidak meminta upah untuknya, nescaya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dia diletakkan di hadapan pintu di syurga lalu dikatakan kepadanya: "Berikanlah syafaat kepada sesiapa sahaja yang kamu kehendaki". [Diriwayatkan oleh Ibn Shahin dalam Ruba‘iyyatnya, Tammam dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 848].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.