Sesiapa yang melangkah bulatan suatu kaum tanpa izin mereka, maka dia merupakan seorang pelaku maksiat

TEKS BAHASA ARAB

من تخطى حلقة قوم بغير إذنهم فهو عاص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melangkah bulatan suatu kaum tanpa izin mereka, maka dia merupakan seorang pelaku maksiat.

STATUS

sangat lemah atau palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 43, hadis nombor 171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا أو موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((من تخطى حلقة قوم بغير إذنهم فهو عاص)).
[طب، ((الضعيفة)) (2805)]

(Sangat Lemah atau Palsu) Daripada Abū Umāmah RA, daripada Nabi SAW: Sesiapa yang melangkah bulatan suatu kaum tanpa izin mereka, maka dia merupakan seorang pelaku maksiat.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2805]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs