Terlalu Daif Atau Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَخَطَّى حَلْقَةَ قومٍ بغيرِ إذنِهم فهوَ عاصٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melangkah bulatan suatu kaum tanpa izin mereka, maka dia merupakan seorang pelaku maksiat.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif Atau Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 43, hadis no. 171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا أو موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((من تخطى حلقة قوم بغير إذنهم فهو عاص)). [طب، ((الضعيفة)) (2805)]
(Terlalu Daif atau Palsu) Daripada Abū Umāmah RA, daripada Nabi SAW: Sesiapa yang melangkah bulatan suatu kaum tanpa izin mereka, maka dia merupakan seorang pelaku maksiat. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2805]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman