Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثَلَاثٌ مَنْ فَعَلَهُنَّ أَطَاقَ الصِّيَام: مَنْ أَكَلَ قبل أَنْ يَشْرَبَ، وتَسَحَّرَ، وقَالَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melakukan tiga perkara ini, maka dia mampu menahan puasanya, iaitu: makan sebelum minum, bersahur dan tidur pada waktu tengahari.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis no. 5750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: ثلاث من فعلهن أطاق الصيام من أكل قبل أن يشرب، وتسحر، وقال. [فر، الضعيفة (3431)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan tiga perkara ini, maka dia mampu menahan puasanya, iaitu: makan sebelum minum, bersahur dan tidur pada waktu tengahari. [Riwayat al-Firdaws dalam Musnad al-Daylami. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 3431]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman