Sesiapa yang melakukan sesuatu mengikut apa yang orang ramai suka

TEKS BAHASA ARAB

من تحبب إلى الناس بما يحبون، وبارز الله تعالى، لقي الله تعالى وهو عليه غضبان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan sesuatu mengikut apa yang orang ramai suka, namun dia menyelisihi Allah SWT, maka dia akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan Allah SWT murka kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 73, hadis nombor 346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عصمة بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌من ‌تحبب ‌إلى ‌الناس ‌بما ‌يحبون، ‌وبارز ‌الله ‌تعالى؛ ‌لقي ‌الله ‌تعالى ‌وهو ‌عليه ‌غضبان)).
[طب، ((الضعيفة)) (‌‌3987)]

(Palsu)
Daripada ‘Iṣmah ibn Mālik RA secara marfū‘: “Sesiapa yang melakukan sesuatu mengikut apa yang orang ramai suka, namun dia menyelisihi Allah SWT, maka dia akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan Allah SWT murka kepadanya.”
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3987, 6654).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs