Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang melakukan sesuatu mengikut apa yang orang ramai suka

Teks Bahasa Arab

مَن تحبَّبَ إلى النَّاسِ بما يحبُّونَ، وبارزَ اللَّهَ تعالى، لقيَ اللَّهَ تعالى وَهوَ عليْهِ غضبانُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang melakukan sesuatu mengikut apa yang orang ramai suka, namun dia menyelisihi Allah SWT, maka dia akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan Allah SWT murka kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Ismah bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 73, hadis no. 346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عصمة بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌من ‌تحبب ‌إلى ‌الناس ‌بما ‌يحبون، ‌وبارز ‌الله ‌تعالى؛ ‌لقي ‌الله ‌تعالى ‌وهو ‌عليه ‌غضبان)). [طب، ((الضعيفة)) (‌‌3987)]

(Palsu) Daripada ‘Iṣmah ibn Mālik RA secara marfū‘: “Sesiapa yang melakukan sesuatu mengikut apa yang orang ramai suka, namun dia menyelisihi Allah SWT, maka dia akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan Allah SWT murka kepadanya.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3987, 6654).

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.