Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang melakukan ribath pada waktu malam untuk menjaga keselamatan umat Islam

Teks Bahasa Arab

من رابطَ ليلةً حارسًا مِن وراءِ المسلمِينَ ؛ كان لهُ أجرُ مَن خلفَه ممن صامَ وصلَّى.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang melakukan ribath pada waktu malam untuk menjaga keselamatan umat Islam, maka dia akan mendapat ganjaran pahala mereka yang berpuasa dan juga solat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 295, hadis no. 1554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أجر الرباط؟ فقال: ((من رابط ليلة حارسا من وراء المسلمين؛ كان له أجر من خلفه ممن صام وصلى)). [طس، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل))، أبو الفرج المقرئ في ((الأربعين في فضل الجهاد))، ((الضعيفة)) (4134)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah ﷺ ditanyakan tentang ganjaran pahala bagi perbuatan al-Ribath (menjaga keselamatan sempadan di jalan Allah). Baginda bersabda: Sesiapa yang melakukan ribath pada waktu malam untuk menjaga keselamatan umat Islam, maka dia akan mendapat ganjaran pahala mereka yang berpuasa dan juga solat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-’Ilal dan Abu al-Farj al-Muqri’ dalam al-Arba’in fi Fadhl al-Jihad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4134]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.