Sesiapa yang melakukan kezaliman dengan kadar sejengkal

TEKS BAHASA ARAB

من ظلم شبرا فما فوقه كلف أن يحمله يوم القيامة حتى يبلغ الماء ثم يحمله إلى المحشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan kezaliman dengan kadar sejengkal atau lebih, maka dia akan dibebankan untuk memikulnya pada hari kiamat kelak sehingga mencecah air (dalam tanah), dan dia akan memikulnya menuju ke mahsyar.

STATUS

Munkar Jiddan Pada Lafaz جملة الماء

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 164, hadis nombor 819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بذكر: جملة الماء)
عن يعلى بن مرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسل: من ظلم شبرا فما فوقه كلف أن يحمله يوم القيامة حتى يبلغ الماء ثم يحمله إلى المحشر.
[طب، ((الضعيفة)) (6760)]

(Munkar Jiddan Pada Lafaz جملة الماء)
Daripada Ya’la bin Murrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan kezaliman dengan kadar sejengkal atau lebih, maka dia akan dibebankan untuk memikulnya pada hari kiamat kelak sehingga mencecah air (dalam tanah), dan dia akan memikulnya menuju ke mahsyar.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6760]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs