Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صنع إلى أحدٍ من أهلِ بيتي يدًا؛ كافيتُه يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melakukan kebaikan kepada seseorang dalam kalangan ahli keluargaku, maka aku akan memberi ganjaran kepadanya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 89, hadis no. 446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعاً: من صنع إلى أحد من أهل بيتي يداً؛ كافيته يوم القيامة. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4618)]
(Palsu) Daripada ‘Alī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan kebaikan kepada seseorang dalam kalangan ahli keluargaku, maka aku akan memberi ganjaran kepadanya pada hari kiamat. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damshiq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4618]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman