Sesiapa yang melakukan jamak antara dua solat tanpa sebarang keuzuran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من جمع بين الصلاتين من غير عذر؛ فقد أتى باباً من أبواب الكبائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan jamak antara dua solat tanpa sebarang keuzuran, sesungguhnya dia telah mendatangi satu pintu daripada pintu-pintu dosa besar (telah melakukan satu perbuatan dosa besar).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 298, hadis nombor 1574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من جمع بين الصلاتين من غير عذر؛ فقد أتى باباً من أبواب الكبائر)).
[ت، ع، ك، عق، طب، البزار، عبد الغاني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (4581)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan jamak antara dua solat tanpa sebarang keuzuran, sesungguhnya dia telah mendatangi satu pintu daripada pintu-pintu dosa besar (telah melakukan satu perbuatan dosa besar).
[Riwayat Sunan al-Tirmizi, Musnad Abi Ya'la, Mustadrak al-Hakim, al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-‘Uqaili, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Bazzar dan Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Sillsilah al-Da‘īfah, no. 4581]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.