Sesiapa yang melakukan haji untuk kedua ibu bapanya selepas kewafatan mereka berdua

TEKS BAHASA ARAB

من حج عن والديه بعد وفاتهما؛ كتب الله له عتقا من النار، وكان للمحجوج عنهم أجر حجة تامة؛ من غير أن ينتقص من أجورهما شيئ. وما وصل ذو رحم رحمه بأفضل من حجة يدخلها عليه بعد موته في قبره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan haji untuk kedua ibu bapanya selepas kewafatan mereka berdua, Allah akan menuliskan baginya pembebasan dari api neraka, dan orang yang dilakukan haji untuk mereka itu akan mendapat pahala haji yang penuh, tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala mereka berdua. Tidak ada seorang saudara menyambung silaturahim yang lebih baik daripada haji yang dia masukkannya ke dalam kubur selepas kematiannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 755 – 756, hadis nombor 3866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من حج عن والديه بعد وفاتهما؛ كتب الله له عتقا من النار، وكان للمحجوج عنهم أجر حجة تامة؛ من غير أن ينتقص من أجورهما شيئ. وما وصل ذو رحم رحمه بأفضل من حجة يدخلها عليه بعد موته في قبره)).
[الأصبحاني، ((الضعيفة)) (5677)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan haji untuk kedua ibu bapanya selepas kewafatan mereka berdua, Allah akan menuliskan baginya pembebasan dari api neraka, dan orang yang dilakukan haji untuk mereka itu akan mendapat pahala haji yang penuh, tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala mereka berdua. Tidak ada seorang saudara menyambung silaturahim yang lebih baik daripada haji yang dia masukkannya ke dalam kubur selepas kematiannya.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5677]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.